Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bukit Baru. Md Zen AFP Mangkuta berkata jentera MTD Bukit Baru sudah bersedia untuk menghadapi PRU 13 pada bila-bila masa."Kami sudah bersedia kira-kira 2 tahun lepas, jentera sudah lengkap, persiapan semuanya sudah siap hanya menunggu gendang pilihanraya dipalu oleh Najib".
"Kami akan turun kali ini dengan persiapan yang jauh lebih rapi berbanding PRU 12 dahulu" kata Zen tegas yakin.
Zen berkata MTD Bukit Baru sudah pun bersedia dengan jentera, taktik, strategi dan perancangan rapi bagi memastikan rakyat memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Dun Bukit Baru.
Beliau berkata MTD Bukit Baru juga telah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan dihadapi termasuk aspek keselamatan dan perang psikologi.
"Kami tidak kira siapa calon kami, jentera sedang dalam semangat yang jitu dan tinggi" tegas Zen.

No comments:
Post a Comment