Pada hari ini 20 September 2011-Selasa:
Penyelia MTD PAS Bukit Baru iaitu Cikgu Mohd Yusof Wahab dan Tuan Hj Ramli Dalip telah mengadakan lawatan ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Melaka di Jln Penghulu Abas Bukit Baru bagi merealisasikan negara berkebajikan PAS Melaka.
Maklumat yang diperolehi dari Penyelia Pusat Penjagaan tersebut En Thomas a/l Maria Soosai terdapat dua pusat penjagaan seumpama ini di Melaka. Yang pertama ditubuhkan pada tahun 2009 di Tebing Tinggi dan 01 Mei 2000 di Jln Penghulu Abas Bukit Baru. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada warga terbiar yang berbilang kaum. Di Tebing Tinggi seramai 114 orang, 5 orang daripadanya Melayu dan di Bukit Baru seramai 55 orang, 30 orang daripadanya Melayu. Umur penghuni di sini yang paling rendah 4 tahun dan yang paling tua 70 tahun.
Pekerja di sini juga terdiri daripada berbilang kaum. Seramai 13 orang pekerja di Bukit Tinggi dan 11 orang pekerja di Bukit Baru. Gaji pekerja dibayar dari hasil sumbangan orang ramai.
(Gambar: Cikgu Mohd Yusof {kiri}dan Hj Ramli {kanan}sedang beramah mesra dengan kanak-kanak di pusat penjagaan tersebut.)
Di akhir lawatan sedikit sumbangan dihulurkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh penghuni Pusat Penjagaan tersebut oleh Penyelia MTD PAS Bukit baru.





No comments:
Post a Comment