Friday, January 25, 2013

MTD BUKIT BARU : KAMI SUDAH BERSEDIA

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bukit Baru. Md Zen AFP Mangkuta berkata jentera MTD Bukit Baru sudah bersedia untuk menghadapi PRU 13 pada bila-bila masa.

"Kami sudah bersedia kira-kira 2 tahun lepas, jentera sudah lengkap, persiapan semuanya sudah siap hanya menunggu gendang pilihanraya dipalu oleh Najib".

"Kami akan turun kali ini dengan persiapan yang jauh lebih rapi berbanding PRU 12 dahulu" kata Zen tegas yakin.

Zen berkata MTD Bukit Baru sudah pun bersedia dengan jentera, taktik, strategi dan perancangan rapi bagi memastikan rakyat memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Dun Bukit Baru.

Beliau berkata MTD Bukit Baru juga telah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan dihadapi termasuk aspek keselamatan dan perang psikologi.

"Kami tidak kira siapa calon kami, jentera sedang dalam semangat yang jitu dan tinggi" tegas Zen.

Monday, September 19, 2011

LAWATAN PENYELIA MTD PAS BUKIT BARU-MELAKA.

Pada hari ini 20 September 2011-Selasa: 
Penyelia MTD PAS Bukit Baru iaitu Cikgu Mohd Yusof Wahab dan Tuan Hj Ramli Dalip telah mengadakan lawatan ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Melaka di Jln Penghulu Abas Bukit Baru bagi merealisasikan negara berkebajikan PAS Melaka.  
Maklumat yang diperolehi dari Penyelia Pusat Penjagaan tersebut En Thomas a/l Maria Soosai terdapat dua pusat penjagaan seumpama ini di Melaka. Yang pertama ditubuhkan pada tahun 2009 di Tebing Tinggi dan 01 Mei 2000 di Jln Penghulu Abas Bukit Baru. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada warga terbiar yang berbilang kaum. Di Tebing Tinggi seramai 114 orang, 5 orang daripadanya Melayu dan di Bukit Baru seramai 55 orang, 30 orang daripadanya Melayu. Umur penghuni di sini yang paling rendah 4 tahun dan yang paling tua 70 tahun.
Pekerja di sini juga terdiri daripada berbilang kaum. Seramai 13 orang pekerja di Bukit Tinggi dan 11 orang pekerja di Bukit Baru. Gaji pekerja dibayar dari hasil sumbangan orang ramai.






 (Gambar: Cikgu Mohd Yusof {kiri}dan Hj Ramli {kanan}sedang beramah mesra dengan kanak-kanak di pusat penjagaan tersebut.)
Di akhir lawatan sedikit sumbangan dihulurkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh penghuni Pusat Penjagaan tersebut oleh Penyelia MTD PAS Bukit baru.

Saturday, July 16, 2011

LONGKANG TERSUMBAT DI JLN PANGHULU ABAS

Hasil Program Turun padang anjuran MTD PAS Bukit Baru bersama DMPNM pada 16 Julai 2011kami telah dapati keadaan longkang di Jalan Penghulu Abas telah terhakis tanahnya. Menerut apa yang diberitahu oleh salah seorang penduduk kampung di situ, keadaan ini boleh menyebabkan aliran longkang akan melimpah dan mengalir ke halaman rumah mereka apabila hujan turun. Di sini kami dari Pusat Aduan MTD PAS Bukit Baru mengharapkan pihak yang berkenaan agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.                             (Rujuk Gambar Dibawah)


Monday, June 13, 2011

PROGRAM KEMASYARAKATAN PAS CAWANGAN PAYA IKAN

16 Jun 2011 - Program kemasyarakatan bersama pimpinan PAS di UPU Paya Ikan telah berjaya diadakan. Seramai 12 orang peserta telah menerima rawatan percuma pada hari tersebut. Program ini dianjurkan bersama antara MTD PAS Bukit Baru dan UPU Paya Ikan. Insay'Allah program sebegini akan diteruskan di semua UPU yang berada di dalam kawasan jajahan MTD PAS Bukit Baru. Inilah antara yang disebut dan dikatakan "Negara Berkebajikan" dalam muktamar PAS Pusat yang ke 57 yang lalu. Sehubungan itu, kami AJK MTD PAS Bukit Baru telah berazam menyahut seruan ini dan melaksanakan agenda ini dalam gerak kerja parti diperingkat akar umbi.



Antara peserta yang menerima rawatan. Turut hadir Penyelia MTD PAS Bukit Baru Mohd Yusuf Wahab 

Wednesday, June 1, 2011

PROGRAM DR TURUN PADANG DI UPU BUKIT PULAU

 PAS Cawangan Bukit Pulau telah berjaya mengadakan program DR TURUN PADANG yang dianjurkan oleh pihak MTD Bukit Baru pada bulan Mei yang lalu. Semua penduduk yang ditemui berasa terharu dan mengucapkan rubuan terima kasih di atas kesudian pimpinan PAS yang hadir kerana sudi menghulurkan khidmat kesihatan percuma kepada penduduk kampung Bukit Pulau. Seterusnya berharap program sebegini dapat diteruskan.



Tuesday, April 12, 2011

BALA MENGUNDANG RAKYAT MELAKA-SATU LAGI KEZALIMAN KERAJAAN NEGARI.

Posted by AD Tuesday, April 12, 2011, under | 2 comments

Rakyat negeri Melaka menerima bala terbaru apabila tarif air dinaikkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Kenaikan tersebut melibatkan kenaikan 10 sen bagi penggunaan 15 liter padu dan 25 sen bagi penggunaan 25 liter padu. Tarif baru ini dicatatkan dalam bil air terbaru.

Tarif sebelum ini ialah pada kadar 55 sen untuk penggunaan 15 liter padu dan 85 sen untuk 25 liter padu. Kadar baru ialah 65 sen untuk 15 liter padu dan 1.05 sen untuk 25 liter padu.

Seorang pengguna Yan Semail, 44 dari Bukit Baru berapa kesal dengan sikap kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air di saat rakyat berada dalam keadaan terhimpit oleh kerana kenaikan harga minyak dan barang.

"Rakyat Melaka mesti bangkit menolak kerajaan BN kerana menaikkan tarif air sesuka hati"

"Kita tidak boleh duduk diam lagi, air naik, minyak naik, barang naik semua naik betullah orang kata BN Barang Naik" ujar Yan.

Kenyataan beliau ini disokong oleh rakannya Zain Pakeh, 46 yang juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap masalah rakyat.

"Dah lah kita semua hidup susah sekarang, lepas ini lagi susah semua naik".

"Inikkah yang dikatakan rakyat didahulukan, ini dahulu kena bukan dahulu dapat nikmat" kata Zain.

SATU LAGI KEZALIMAN KERAJAAN UMNO-BN TERHADAP RAKYATNYA

Beginilah nasib salah seorang penduduk kampung Bukit Katil dibawah kelolaan YB Bukit Baru yang merupakan CM Melaka. Laluan ke rumahnya telah ditutup (lihat gambar). Sedangkan disitulah tempat pencarian untuk seisi keluarga mencari rezeki. Keadaan ini akan menyukarkan pelangan-pelangannya untuk berurusniaga dengan tuan rumah. Bahkan rumahnya mengalami keretakan dan terpaksa memperbaikinya sendiri. Semua ini adalah berpunca dari kerja-kerja pembinaan jambatan dan pengubahsuaian jalan dihadapan rumahnya. Diharap perkara ini akan mendapat pembelaan yang sewajarnya dari YB yang berkenaan.